CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Meta didenda €1.2 bln kerana langgar undang-undang data UE

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Sumber: BERNAMA

BERLIN: Syarikat induk Facebook Meta dikenakan denda sebanyak €1.2 bilion (US$1.29 bilion) kerana melanggar undang-undang data Kesatuan Eropah (EU), lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa perlindungan data Ireland DPC pada Isnin.

Kes ini berkaitan dengan keterlibatan Facebook dalam pengawasan massa oleh agensi perisikan Anglo-Amerika, yang didedahkan oleh pemberi maklumat AS Edward Snowden.

Firma itu telah melanggar Peraturan Perlindungan Data Am EU, menurut DPC.

DPC ialah pihak berkuasa bebas yang bertanggungjawab menegakkan hak asasi individu di EU bagi melindungi data peribadi mereka.

Tiada kenyataan dikeluarkan pemilik Meta Mark Zuckerberg setakat ini. – BERNAMA

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru