ARTIKEL

Mexico, presiden, AS, Claudia Sheinbaum, Donald Trump, pengusiran, pendatang, perlindungan
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, berucap pada hari ulang tahun ke-114 Revolusi Mexico di Mexico City, Mexico pada Rabu lepas. - Foto: Raquel Cunha

Mexico sedia lindungi pendatang yang bakal diusir AS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MEXICO CITY: Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, pada Khamis menyuarakan kesediaan untuk menangani kemungkinan bagi pengusiran pendatang secara besar-besaran oleh Amerika Syarikat (AS).

Menurut presiden terpilih AS, Donald Trump, pengusiran itu akan berlaku sebaik sahaja beliau memegang jawatan, lapor Xinhua.

“Sekiranya berlaku pengusiran, kami akan menerima warga Mexico, dan kami sudah mempunyai rancangan untuk itu,” kata Sheinbaum dalam sidang media.

Beliau tidak setuju dengan tindakan memperlakukan pendatang seperti penjenayah, sambil menegaskan bahawa “institusi keadilan wujud di seluruh dunia” untuk melindungi hak asasi manusia.

Sheinbaum berkata kerajaan sedang mengukuhkan rangkaian konsulat Mexico di AS bagi melindungi pendatang yang berisiko diusir.

Dalam tempoh beberapa hari akan datang, Sheinbaum akan bertemu dengan kabinetnya untuk mengkaji isu-isu dua hala yang perlu dibincangkan dengan pasukan Trump.

Isu-isu tersebut termasuk imigresen, keselamatan, perdagangan, dan perjanjian perdagangan bebas antara Mexico, AS dan Kanada.

Trump, yang akan mengangkat sumpah pada 20 Januari 2025, mengancam untuk memperketatkan langkah bagi menghentikan aliran pendatang asing tanpa izin di sepanjang sempadan AS-Mexico. – BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan