ARTIKEL

Kredit FB Herbs Encyclopedia

Midin sajian kayangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KALAU sebut paku midin, mesti kita terbayangkan sayur midin tumis belacan, antara hidangan estetik yang sangat popular di Sarawak.

Malah menjadi sajian kayangan di hotel mewah dan harga pastinya bukan biasa-biasa.

Itulah paku midin, yang tumbuh meliar, namun menjadi kegilaan golongan berstrata tinggi.

Sedangkan kalau di desa, melambak… turun sahaja dari kaki tangga, petik dan masak.

Hendak makan setiap hari pun tiada masalah.

Kalau selepas hujan, segar-segar. Saya sendiri antara penggemar paku midin, namun bukan meminati sayur midin goreng belacan.

Saya tidak makan belacan.

Kegemaran saya, sayur midin masak kicap.

Ramuannya mudah iaitu bawang, cili padi, udang kering ditumbuk dan kicap.

Ternyata selera kita berbeza.

Selain dimasak sayur, paku midin juga popular dibuat inti tumpik (menjadi inti sagu lemantak).

Ada juga yang membuatnya sebagai kudapan – cucur midin. Sedap. Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pula menghasilkan paku midin sebagai snek (Snek Midin Nori).

Tetapi kalau kimchi paku midin? Ia antara inovasi Jabatan Pertanian Sarawak yang saya dengar dalam Program Turun Padang Jom@ COOP Mempromosikan Latihan dan Pendidikan Koperasi 2025 di Bahagian Sri Aman, beberapa hari lepas.

Kami yang datang diberikan satu bungkusan kecil, kata pegawai midin secara komersial suatu hari kelak.

Saya amat berharap ada dalam kalangan koperasi atau individu di sini boleh menjadi pengusaha paku midin — tegas Doris.

Ini cabaran kepada masyarakat di Sri Aman. Infrastruktur perhubungan akan bertambah baik, sama ada darat dan udara. Adakah mampu Sri Aman menjadi pengeluar utama paku midin suatu hari kelak?

InsyaAllah.

Kini, jangan pandang sebelah mata tumbuhan hutan itu. Ia peluang ekonomi yang sangat besar jika diuruskan dengan betul.

Sesungguhnya sayur midin atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris kaya dengan antioksidan.

Paku midin mengandungi sebatian antioksidan seperti flavonoid dan polifenol yang membantu melawan radikal bebas dalam badan dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.

Midin juga tinggi kandungan serat, bagi membantu melancarkan sistem penghadaman, mencegah sembelit, dan mengawal paras gula serta kolesterol dalam darah.

Selain itu, mengandungi zat besi dan mineral penting. Ia membantu dalam pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia.

Mineral lain seperti kalsium dan magnesium juga menyumbang kepada kesihatan tulang dan sistem saraf. Midin juga dikatakan rendah kalori dan lemak.

Oleh demikian, sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan atau mengawal pengambilan kalori.

Bahkan mempunyai sifat anti radang dan anti mikrob.

Kajian menunjukkan ekstrak midin berpotensi menghalang pertumbuhan bakteria dan mengurangkan keradangan, yang bermanfaat untuk sistem imun badan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih