ARTIKEL

Gambar hiasan

Miliki 0.68 gram syabu, lelaki didenda RM2,900

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM2,900 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki 0.68 gram dadah jenis syabu.

Genesis, 27, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh didakwa memiliki dadah berbahaya jenis metamfetamin di hadapan sebuah rumah di Kampung Semeba, Jalan Semeba sekitar jam 3.20 petang pada 25 Mei 2023.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan pihak polis semasa melakukan tugas rondaan sebelum pemeriksaan lanjut menemui dadah berkenaan.

Hasil pemeriksaan menemui satu paket plastik kecil lutsinar berisi ketulan kristal disyaki syabu yang diserahkan sendiri oleh tertuduh.

Barang kes kemudian dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan laporan mengesahkan bahan tersebut merupakan dadah jenis metamfetamin seberat 0.68 gram.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Ahmad Fauzulutfi Suriani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke