ARTIKEL

Gambar hiasan

Miliki 135 karton rokok dan 35 karton bir, penjaga kaunter dipenjara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang wanita warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Sarawak tanpa permit sah serta memiliki 135 karton rokok dan 35 karton bir tidak bercukai.

Sela Jingga, 25, membuat pengakuan tersebut sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan dua mahkamah berasingan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6(3) akta sama kerana memasuki Sarawak tanpa permit yang sah.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sarawak 1958 kerana gagal memberikan penjelasan munasabah mengenai pemilikan barangan tanpa lesen dan cukai tersebut.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis di Taman BDC, sekitar jam 4.10 petang pada 5 Disember lalu.

Majistret Iris Awen Jon menjatuhkan hukuman penjara lima bulan berkuat kuasa dari tarikh tangkap iaitu 5 Disember bagi kesalahan imigresen.

Dalam pada itu, Majistret Ling Hui Chuan menjatuhkan hukuman penjara satu bulan terhadap tertuduh bagi kesalahan memiliki barangan tanpa cukai dan lesen.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis menjalankan serbuan di sebuah premis yang dipercayai dijadikan tempat penyimpanan barangan seludup pada hari kejadian.

Hasil pemeriksaan menemukan tertuduh berada di kaunter premis berkenaan selain menjumpai 135 karton rokok dan 35 karton bir pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai disimpan di dalam kedai tersebut.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati wanita berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah untuk berada di negara ini.

Tertuduh kemudian ditahan bersama barangan kes untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Hasil semakan pangkalan data Jabatan Imigresen mengesahkan tiada sebarang rekod perjalanan keluar masuk tertuduh ke negara ini selain dia gagal memberikan alasan munasabah atas pemilikan barangan tanpa cukai terbabit.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff dan Ahmad Fauzulufti Suriani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan