ARTIKEL

Minat mendalam terhadap aktiviti memancing mendorong seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menceburi perniagaan menjual bot jenis kaboat FLIX. Koperal Mahdi Mohd Azme, 39, berkata dia memulakan perniagaan itu kira-kira tiga tahun lepas sebagai sumber pendapatan sampingan, selain sebagai persediaan menghadapi persaraan hujung tahun ini. Mahdi berkata latihan keusahawanan yang diikuti menerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) turut memberi keyakinan untuk mengembangkan perniagaan itu sebagai kerjaya sepenuh masa selepas bersara.

Minat Memancing Dorong Bakal Pesara Tentera Ceburi Perniagaan Bot

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PASIR PUTEH: Minat mendalam terhadap aktiviti memancing mendorong seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menceburi perniagaan menjual bot jenis kaboat FLIX.

Koperal Mahdi Mohd Azme, 39, berkata dia memulakan perniagaan itu kira-kira tiga tahun lepas sebagai sumber pendapatan sampingan, selain sebagai persediaan menghadapi persaraan hujung tahun ini.

Mahdi berkata latihan keusahawanan yang diikuti menerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) turut memberi keyakinan untuk mengembangkan perniagaan itu sebagai kerjaya sepenuh masa selepas bersara.

“Minat saya terhadap memancing membuatkan saya melihat potensi pasaran bot memancing yang lebih berkualiti pada harga berpatutan untuk kaki pancing di negara ini.

“Saya mula mencari sendiri pengeluar di China dan pergi ke sana bagi memilih reka bentuk serta spesifikasi yang sesuai mengikut kehendak pelanggan tempatan,” katanya kepada Bernama pada Festival Kesenian Rakyat Kelantan di Tok Bali di sini.

Bapa kepada empat anak itu berkata perniagaan berkenaan dimulakan dengan modal melebihi RM20,000 dan kini menawarkan pelbagai model kaboat FLIX berharga antara RM2,800 hingga RM4,700 bergantung pada saiz serta kelengkapan.

Model berharga kira-kira RM4,700, katanya paling mendapat sambutan kerana mempunyai ruang udara yang lebih besar sekali gus lebih stabil untuk kegunaan memancing di laut termasuk perjalanan ke pulau-pulau peranginan.

“Bot ini bukan sahaja digunakan oleh pemancing, malah pernah dimanfaatkan dalam operasi menyelamat ketika banjir berikutan ciri kestabilannya di atas air,” katanya.

Menurut Mahdi, pengalaman mengendalikan bot serta mengikuti latihan berkaitan pengoperasian bot sepanjang berkhidmat dalam ATM banyak membantunya memahami aspek keselamatan dan keperluan pengguna.

“Lagipun sekarang ini saya mendapat latihan dalam perniagaan melalui PERHEBAT untuk menjadi usahawan bekas tentera dan sudah mempunyai kedai bot di Pantai Kemasin, Bachok,” katanya.

Mahdi berkata sokongan keluarga menjadi pendorong untuk terus mengembangkan perniagaan yang kini bukan sahaja menerima pelanggan dari Kelantan, tetapi juga negeri lain. – BERNAMA – Oleh Habsah Ismail

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan