Trending

Minggu Kraf London pamer kraf Sarawak di mata dunia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PAMERAN Minggu Kraf London (LCW) tahun ini memberi peluang kepada pengusaha kraf Malaysia mengetengahkan kemahiran dan warisan seni di platform antarabangsa.

Malah, penganjuran acara ini juga bertepatan dengan istiadat pertabalan Raja Charles III. 

Acara itu menarik pengunjung antarabangsa untuk mempelajari sejarah dan kepentingan setiap kraf kepada kumpulan etnik di Sarawak yang unik. 

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak menyertai acara itu turut mempamerkan kraf tangan luar biasa dan kekayaan warisan budaya kepada dunia di LCW. 

Menurut beliau, empat pengusaha kraf Sarawak melakukan demonstrasi secara langsung sulaman keringkam, tenunan Pua Kumbu, anyaman bakul dan manik seramik. 

Malah, negeri ini dikatakan menonjol di LCW menerusi hasil karaf tangan dan seni budaya yang dipamerkan, baru-baru ini.

Untuk makluman, pameran yang berlangsung pada 8 hingga 14 Mei lalu itu juga melibatkan negara Komanwel.

Sarawak serta dua negeri lain, mengambil bahagian atas jemputan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam usaha mempromosikan hasil kraf tempatan ke peringkat antarabangsa.

Antara badan yang terlibat termasuk Centexs Commercial, Yayasan Tun Jugah dan Brooke Trust bagi mempamerkan hasil tenunan songket Sarawak, keringkam, pua kumbu serta anyaman bemban.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Malam Kesenian Islam

Malam Kesenian Islam pada tahun ini membuka tirainya dengan acara

IPG BERSELAWAT

INSTITUT Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) mengadakan Program Majlis

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru