Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menaiki pesawat Airbus yang menggunakan bahan bakar penerbangan mampan (SAF) dihasilkan daripada biojisim alga untuk ke Langkawi, Isnin ini.
Menurutnya, beliau dijadualkan menaiki pesawat yang menggunakan bahan bakar buatan Sarawak itu bagi menghadiri Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi Edisi ke-16, LIMA 2023.
“Pada Isnin ini, kita cuba terbang ke Langkawi menaiki pesawat yang menggunakan SAF baharu ini.
Mereka guna bahan bakar made in Sarawak khas untuk pesawat,” katanya.






