ARTIKEL

Misi Kuching City kejutkan Kedah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Misi untuk terus cuba meraih sebarang mata tetap menjadi fokus Kuching City FC apabila turun menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Negeri, Petra Jaya malam esok.

Pemangku ketua jurulatih Firdaus Morshidi menegaskan, meskipun sedar tugas berat menanti barisan pemain yang akan dipertaruhkan untuk perlawanan tersebut.

Firdaus yang terus diberi kepercayaan mengemudi The City Boys yang masih belum mempunyai juragan sebenar selepas peletakan jawatan Irfan Bakti Abu Salim dua minggu lepas tetap optimis.

Malah, melihat potensi pemainnya mencipta kejutan ke atas sang kenari itu tetap ada.

“Kita turun sebagai pasukan underdog, apatah lagi berdepan pasukan Kedah Darul Aman FC dibarisi pemain berpengalaman.

“Namun, saya tetap yakin dengan kemampuan para pemain. Jika mereka dapat menterjemah strategi yang akan diguna pakai dengan baik, tidak mustahil keputusan luar jangkaan boleh berlaku,” ujar Firdaus kepada Arena Suara Sarawak.

Jurulatih kelahiran Kampung Melayu Balai Ringin, Serian itu mahu menjadikan keputusan seri (2-2) diperoleh anak-anak buahnya ketika menentang Kelantan FC seminggu lepas sebagai penanda aras untuk mengharungi perlawanan malam esok.

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah