Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Misi memburu juara Rimong Crocs United

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SEDIA GEMPUR...Barisan pemain Rimong Crocs United.

KUCHING: Skuad serba mantap Rimong Crocs United siap sedia untuk mengharungi aksi final Kejohanan Bola Sepak Piala Persatuan Gema Cawangan Serian 2022 berdepan Bung Abutt FC di padang bola sepak Kampung Mentung Marau, Serian Ahad ini.

Sekali gus, bermula misi untuk memuktamadkan kejuaraan pada kejohanan berprestij itu.

Pengurus pasukan Raymond Lori memberitahu, pemainnya bersedia sepenuhnya untuk menghadapi gelora sebenar aksi final hujung minggu ini.

SEDIA GEMPUR…Barisan pemain Rimong Crocs United.

“Misi kita bertumpu kepada pemburuan gelaran juara, dan pemain bersedia sepenuhnya untuk perlawanan yang dianggap penting itu,” ujar Raymond kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, persiapan pasukan berjalan lancar ketika ini dan tiada pemain yang mengalami kecederaan mahupun menjalani hukuman gantung perlawanan.

Justeru tegas Raymond, sententunya barisan kesebelasan terbaik akan dipertaruh untuk perlawanan itu nanti.

PENGURUS…Raymond Lori.

Untuk rekod, sebanyak sembilan kejuaraan berjaya diperoleh Rimong Crocs United dikawasan Serian setakat ini.

Lantas, berpeluang mencipta sejarah tersendiri mencetak gelaran juara ke-10 sekiranya kemenangan berpihak kepada mereka hujung minggu ini.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News