ARTIKEL

Misi serampang dua mata Persatuan Kurash Malaysia di KUSEA 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAJANG: Penganjuran Kejohanan Kurash Asia Tenggara (KUSEA) bukan sahaja sebagai platform mencungkil bakat muda negara tetapi juga diharap dapat meningkatkan populariti sukan itu dalam negara.

Foto: BERNAMA

Presiden Persatuan Kurash Malaysia (PKM), Chew Eng Kian, menyifatkan Malaysia sebagai bertuah apabila diberikan mandat oleh Persatuan Kurash Antarabangsa untuk menjadi tuan rumah pertama kejohanan berkenaan yang mendapat sambutan daripapada enam negara.

Selain tuan rumah Malaysia, turut mengambil bahagian Vietnam, Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia membabitkan 150 peserta yang dibahagikan kepada empat kategori iaitu senior, belia, kanak-kanak dan budak.

“Kita tiada pengalaman anjur kejohanan (tapi) dapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Perbandaran Kajang, Metro Point Complex dan ibu bapa.

“(Setakat ini) Johor, Terengganu Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak sudah daftar (kepada pihak berkepentingan di negeri masing-masing) untuk adakan sukan kurash di negeri mereka manakala Selangor memang sudah ada,” katanya kepada BERNAMA selepas pelancaran Kejohanan KUSEA 2024 di Metro Point Complex di sini hari ini.

Kurash ialah sejenis gusti jaket yang berasal dari Uzbekistan dan dimainkan oleh dua orang yang masing-masing memakai jaket dan biru.

Objektif permainan berkenaan ialah untuk melemparkan lawan anda ke tanah dan jika dilemparkan ke belakang kemenangan diisytiharkan, selain mata akan diberikan jika dilemparkan ke tepi namun jika dibaling ke perut markah lebih rendah akan diberikan. – BERNAMA

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi