ARTIKEL

Misteri MH370: Juruterbang senior ini dakwa tahu lokasi hilangnya pesawat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SYDNEY: Seorang juruterbang dengan pengalaman lebih 50 tahun dalam industri penerbangan mendakwa mengetahui lokasi pesawat MH370 yang masih tidak dapat dikesan 10 tahun kehilangannya bersama-sama 239 penumpang.

Memetik Sky News pada Khamis, Kapten Byron Bailey asal Australia itu mendakwa tragedi MH370 bukan kemalangan, melainkan perbuatan menurutnya “disengajakan” oleh juruterbang Zaharie Ahmad Shah.

Berbicara dalam filem dokumentari menjelang peringatan 10 tahun hilangnya pesawat MH370, Bailey mengatakan beliau yakin, pesawat tersebut berada di Lautan Hindia.

Memberitahu Sky News, Bailey mengatakan pesawat tersebut berada pada 39 darjah, lapan menit ke selatan, dan jaraknya sekitar 30 hingga 40km, lebih jauh ke selatan dari tempat pencarian sebelum ini.

Sebelum ini, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) melakukan pencarian bawah air di selatan Lautan Hindia dari Mei 2014 hingga operasi tersebut dihentikan pada Januari 2017.

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

BERITA TERBARU