ARTIKEL

Foto IPD Shah Alam

Motosikal hilang kawalan, pelajar tingkatan empat maut di tempat kejadian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Seorang pelajar tingkatan empat maut, manakala rakannya cedera selepas motosikal yang mereka tunggangi hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan di Persiaran Sukan, Seksyen 13, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 9.45 malam ketika kedua-dua pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 menunggang motosikal berhampiran Ramly Halal Mart di Seksyen 13 sebelum dipercayai hilang kawalan.

“Motosikal itu kemudian melanggar pembahagi jalan, menyebabkan penunggang dan pembonceng tercampak ke atas jalan raya. Penunggang mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pembonceng yang juga pelajar tingkatan empat pula cedera di bahagian leher dan kaki, dan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Insp Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875 bagi membantu siasatan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu