ARTIKEL

MPL MY: Homebois Mara Ke Grand Final, Layak Ke MSC 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pasukan Homebois berjaya melayakkan diri ke grand final Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MPL MY) musim ke-15 selepas menumpaskan DX Soul 3-2 pada aksi final lower bracket yang berlangsung di Stadium Juara di sini hari ini.

Lebih manis, kejayaan itu turut menyaksikan bekas juara MPL MY musim ke-13 itu meraih tiket automatik ke kejohanan Mid Season Cup (MSC) sempena Piala Dunia Esports (EWC) 2025 yang dijadual berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada Julai ini.

Menggunakan format best of five (B05), anak buah Ervan Pratama (Erpang) bermula baik apabila memenangi perlawanan pertama sebelum DX Soul menyamakan kedudukan 1-1 dengan memenangi perlawanan kedua.

Memasuki perlawanan ketiga Homebois kembali memperkemaskan permainan untuk memenangi aksi itu, namun DX Soul sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan 2-2 selepas memenangi perlawanan keempat untuk mengheret aksi berkenaan ke perlawanan kelima.

Pada perlawanan terakhir itu, Homebois berjaya menampilkan persembahan yang memukau dari awal permainan sebelum memenangi aksi dengan keputusan 3-2, sekali gus menempah slot ke Grand Final MPL MY musim ke-15 bertemu juara bertahan Selangor Red Giants (SRG.OG) esok.

“Kami sangat gembira dengan kejayaan ini. Sasaran kami selepas ini adalah untuk merampas piala daripada SRG.OG,” kata Erpang selepas perlawanan.

Terdahulu, SRG.OG melayakkan diri ke Grand Final selepas menewaskan Homebois di final upper bracket 3-2 pada awal bulan ini.

Kejayaan itu menyaksikan SRG.OG yang juga juara bertahan MSC menjadi pasukan pertama dari Malaysia melayakkan diri ke kejohanan itu pada tahun ini. — BERNAMA

BERITA LAIN

Sivasangari Selangkah Ke Final Terbuka Mesir

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari hanya selangkah ke final Terbuka Mesir 2026 selepas mara ke separuh akhir di Giza, semalam. Beraksi di hadapan

BERITA TERBARU