ARTIKEL

MTL bermula 27 Oktober, hujan lebat berpotensi cetus banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 dijangka bermula Selasa ini, 27 Oktober, dengan tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan diramalkan berlaku antara November hingga Januari depan, sekali gus berpotensi menyebabkan banjir di kawasan rendah dan kawasan berhampiran sungai.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, musim monsun itu dijangka berterusan sehingga Mac 2027, dengan angin lazimnya bertiup secara konsisten dari arah timur laut.

“Hujan lebat berterusan sepanjang fasa awal monsun meningkatkan risiko banjir, manakala tiupan angin timur laut yang kencang boleh menyebabkan laut bergelora serta kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan,” katanya dalam kenyataan media.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat persediaan awal bagi menghadapi perubahan cuaca sepanjang musim monsun, khususnya mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir.

Menurutnya, penduduk juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan ramalan dan amaran cuaca bagi membolehkan langkah keselamatan diambil lebih awal, terutama ketika hujan lebat berterusan atau keadaan laut bergelora.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MET Malaysia menerusi laman web rasmi, aplikasi mudah alih myCuaca serta media sosial jabatan.

“Maklumat lanjut juga boleh diperoleh melalui talian MET Malaysia di 1-300-22-1638,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, menjelang fasa akhir monsun antara Januari hingga Mac 2027, taburan hujan dijangka berkurangan terutama di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Ujarnya, keadaan itu berpotensi menyebabkan cuaca panas dan kering, selain meningkatkan risiko berlaku gelombang haba lebih ekstrem berikutan pengaruh fenomena El Niño sangat kuat yang dinyatakan sedang berlaku.

“Menjelang fasa akhir MTL, taburan hujan dijangka berkurangan terutama di negeri-negeri utara Semenanjung dan Sabah.

“Keadaan ini akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta berpotensi berlakunya gelombang haba yang lebih ekstrem,” jelasnya.

BERITA LAIN

Rakyat terima manfaat dasar kerajaan

MENJELANG Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13), Sarawak sekali lagi berada di persimpangan penting dalam menentukan hala tuju politik dan pembangunannya. Lapan tahun selepas pembubaran Gabungan

BERITA TERBARU

KMKK jematan rayat – perintah

SIBU: Raban Tuai Komuniti enggau Tuai Raban Bansa (KMKK) enda tau enda tegap penemu ngambi nyadi raban ti ngempung rayat ngenggat baru. Sapit Premier Sarawak,