ARTIKEL

MTUC S’wak : Angka hilang pekerjaan membimbangkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak berpendapat, bilangan pekerja yang diberhentikan di Sarawak membimbangkan.

Setiausaha MTUC Sarawak Andrew Lo berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak, terdapat 6,767 pekerja diberhentikan di Sarawak sepanjang tahun lalu.

Justeru, beliau menyifatkan jumlahnya mungkin lebih tinggi memandangkan angka yang dinyatakan oleh JTK Sarawak itu hanya berkaitan dengan pekerja yang dilindungi di bawah Ordinan Buruh Sarawak. “Oleh itu, jumlah sebenar semua pekerja yang diberhentikan atau mereka yang telah dipotong gaji mungkin jauh lebih tinggi,” katanya semalam.

Sehubungan itu, Andrew menegaskan pendekatan holistik terhadap pembangunan sumber manusia perlu diwujudkan di negeri ini. Andrew berkata, Kerajaan Sarawak harus mencari jalan keluar seperti memberi subsidi gaji kepada majikan di negeri ini untuk membantu mengekalkan pekerjaan dalam kalangan pekerja.

Katanya, walaupun telah melaksanakan bantuan seperti Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0, Kerajaan Sarawak diyakini dapat melakukan lebih banyak lagi langkah seperti yang diumumkan setakat ini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak hari ini 08 Mac 2021

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU

Lelaki separuh bogel ganggu pelajar ditahan polis

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun terpaksa melarikan diri ke rumah kenalan berhampiran selepas diekori lelaki separuh bogel yang didakwa mengganggunya secara seksual