Muhyiddin pernah mengajak rakyat sokong DAP sebelum ini, jadi beliau tidak perlu bingung jika kali ini, giliran Umno menggesa ahlinya mengundi DAP pada PRN, kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP Sheikh Umar Bagharib Ali.
Sheikh Umar dalam kenyataannya, mengingatkan pemimpin Bersatu dan PN itu, bahawa gesaan sebegitu tidak ganjil.
“Muhyiddin sendiri pernah berkempen agar orang ramai menyokong DAP,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.






