ARTIKEL

Royston (empat dari kanan) merakam kenangan bersama yang lain dan peserta sebelum pertandingan dimulakan.

Mukah berpotensi jadi hab sukan berbasikal tersohor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Penganjuran Mukah Criterium Challenge 2025 mampu mengangkat Mukah sebagai sebuah destinasi sukan berbasikal tersohor.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia bukan sahaja di peringkat nasional, malah antarabangsa.

“Kita mengambil ilham daripada kejayaan penganjuran Layar Cycling Event di Bahagian Betong yang kini menjadi acara tahunan, serta Kuala Baram Race di Bahagian Miri yang turut berjaya menarik minat penggiat sukan berbasikal dari seluruh Malaysia.

“Saya yakin, dengan komitmen dan sokongan yang berterusan, Mukah juga mampu menempah nama sebagai pusat tumpuan baharu bagi peminat sukan berbasikal,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks yang dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine, semasa merasmikan Mukah Criterium Challenge 2025 di perkarangan Medan Ria, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, acara ini juga menjadi platform penting dalam mencungkil bakat-bakat baharu, terutamanya dalam kalangan belia dan generasi muda.

Jelasnya, penganjuran kategori seperti Super Master yang melibatkan peserta berumur 60 tahun ke atas membuktikan bahawa kecergasan dan semangat bersaing tidak mengenal usia, malah menjadi bukti gaya hidup sihat adalah untuk semua.

“Tidak dinafikan, penganjuran acara ini memberi impak positif kepada masyarakat setempat kerana kehadiran peserta serta penonton dari luar Mukah menyuntik pertumbuhan ekonomi.

“Ini terutamanya kepada peniaga kecil, pengusaha makanan dan minuman, hotel, inap desa serta sektor pelancongan.

“Inisiatif ini bukan sahaja memperkasa pembangunan sukan, bahkan memperkukuh ekonomi dan memperkenal Mukah sebagai destinasi dinamik dan berdaya saing,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Karim memberitahu, Mukah Criterium Challenge 2025 merupakan penganjuran kali kedua setelah edisi pertama pada tahun lalu.

Ujarnya, ia merupakan anjuran GS Cycling Club dengan kerjasama Pejabat Residen Mukah.

Terdapat sembilan kategori pertandingan ditawarkan iaitu Men Open, Men Youth, Men Master A, Men Master B, Men Veteran, Men Junior, Women Open, Super Master, dan Mukah Closed.

Tambahnya, penganjuran pada kali ini berjaya menarik 185 peserta daripada pelbagai latar belakang, termasuk peserta dari seluruh Sarawak, Semenanjung Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, dan Afrika Selatan.

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah