ARTIKEL

Royston (kiri) menerima cenderamata daripada pihak penganjur selepas Program Mukah Criterium Challenge 2025, hari ini.

Mukah Criterium Challenge boleh dijadikan sebagai acara tahunan — Royston

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Mukah Criterium Challenge perlu dijadikan sebagai acara tahunan kerana ia memberi banyak manfaat kepada masyarakat di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine berkata, penganjurannya dilihat memberi manfaat kepada masyarakat di Mukah terutamanya dalam perkembangan sosioekonomi.

RAKAM KENANGAN…Royston merakam kenangan bersama yang lain selepas program tersebut.

“Saya percaya, dengan manfaat tersebut, Mukah Criterium Challenge akan menjadi satu acara yang dinantikan orang ramai dari tahun ke tahun.

“Diharapkan kelab dan persatuan yang menganjurkan pertandingan ini dapat menjadikan ia sebagai acara tahunan di sini dan pelaksanaannya secara konsisten,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa merasmikan Mukah Criterium Challenge 2025 di Perkarangan Medan Ria, di sini, hari ini.

Antara peserta yang menyertai Mukah Criterium Challenge 2025.

Katanya, penganjuran acara ini dapat menarik orang ramai untuk datang ke Mukah sama ada menjadi peserta dan penonton.

Jelasnya, dengan kehadiran orang ramai ke Mukah, ia mampu menjadikan bahagian ini sebagai destinasi pelancongan.

Dalam pada itu, Royston memberitahu kerjasama daripada semua pihak adalah penting bagi memastikan ia dijadikan sebagai acara tahunan.

Tambahnya, kerjasama semua pihak adalah penting supaya penganjuran program ini lebih lancar pada tahun akan datang.

BERITA LAIN

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada

BERITA TERBARU