ARTIKEL

Foto TVS

Mukah FA hampiri slot separuh akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Mukah FA (C) mendahului Kumpulan B kategori Bawah 14 Tahun selepas menewaskan Al-Matteen Academy 3–0 dalam perlawanan ketiga PETRONAS Youth Football Champions League 2025 (PYFCL 2025) yang berlangsung di sini, semalam.

Ketua Jurulatih Mukah FA, Petrus Martin berkata kemenangan itu hasil perancangan taktikal yang berkesan serta komitmen tinggi pemain meskipun terpaksa beraksi dalam keadaan padang yang lembap dan berlumpur.

Menurutnya, pasukan kini memberi tumpuan penuh kepada perlawanan terakhir kumpulan menentang NFDP Sarawak U14 dengan sasaran meraih kemenangan bagi mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir.

“Ada satu lagi perlawanan yang mesti dimenangi. Kami tidak mahu berada dalam kedudukan selesa kerana masih ada risiko dipintas pasukan lain. Sasaran kami adalah untuk mara ke pusingan seterusnya.

“Walau apa pun keputusannya nanti, kami tetap bertekad bermain sepenuhnya bagi memastikan tiada mata tercicir, terutama untuk layak ke separuh akhir,” katanya ketika ditemui TVS.

Dalam perkembangan sama, Pembantu Jurulatih Al-Matteen Academy, Mohd Farith Abdul Rahman berkata beliau tetap berpuas hati dengan semangat juang pemainnya walaupun tewas, sambil mengakui keadaan padang sedikit menjejaskan perancangan taktikal pasukan.

Beliau berkata pasukan kini memberi fokus sepenuhnya kepada perlawanan terakhir Kumpulan B menentang Datus United U14 bagi merebut slot ke separuh akhir.

“Walaupun tewas hari ini, fokus kami adalah perlawanan seterusnya. Kedudukan masih belum selesa dan masih dalam situasi 50-50, jadi kami perlu menang untuk melangkah ke separuh akhir,” katanya.

Setakat ini, Mukah FA (C) mendahului Kumpulan B dengan tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri, manakala Al-Matteen Academy di kedudukan ketiga berkongsi enam mata bersama NFDP Sarawak U14, dibezakan menerusi kelebihan jaringan gol. -TVS

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik