ARTIKEL

ABANG PATDELI ABANG MUHI

MURKA PADUKA RAJA PAYUNG MAHKOTA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Setelah beberapa purnama

menahan gusar mendendam rasa

bersabar indah berbaik sangka

Paduka Raja Payung Mahkota

pun murka tidak terkira, akan

tingkah sumbang dan olah sesumpah Mamanda Menteri

yang lupa dirinya hanyalah pacal yang hina

yang lupa dirinya hanyalah hamba yang murba

yang lupa dirinya hanyalah sahaja yang jelata

tetapi, tegar menabik dada ingkar

gah menegak benang basah, lalu

tanpa segan silu, dan dengan bodoh sombongnya

biadab terhadap Duli Tuanku

derhaka terhadap Daulat Raja

mungkin terhadap Waadat Setia

jahil terhadap Adat Bersendikan Syarak

gara-gara angkuh dengan mandat sekarat

sehingga tanpa akal budi, mengkhianati

Paduka Raja Payung Mahkota

yang bersemayam di singgahsana takhta

sehingga tanpa hati nurani

menodai tatasusila berbangsa dan beraja

tiang seri negara bangsa berbudi pekerti.

Aduhai, Mamanda Menteri, dan sekalian pembesar negeri

tidak salah beralih duduk, tapi tetap di tikar yang sama

tidak salah ber-Taming Sari, atau

bantah-membantah seperti Jebat dan Tuah

asalkan santun beradab mulia

asalkan demi harga diri ibu pertiwi

dan, bukannya untuk nafsu-nafsi haloba kendiri

apatah lagi menderhakai ulil amri nan insani.

Aduhai, Mamanda Menteri, dan sekalian pembesar negeri

serta warganegara semua bangsa

marilah bersama-sama kita

mendukung tinggi Rukun Negara, dan

menjunjung setia Raja dan rakyat berpisah tiada.

Malacca International Trade Centre (MITC)

26 September 2026

BERITA LAIN

MALAYSIAKAH KITA?

Maafkan aku, kawan setelah sekian lama terkecu lidah terkapil mulut baru sekarang mahu bertanya: Malaysia kah kita? kerana sesama kita ada yang masih diburu keliru

Alam diselamatkan, tubuh dikorbankan dalam Rhizophora

SEBUAH pulau kembali selamat ketika seorang anak kehilangan kemungkinan untuk meneruskan kehidupanmu. Pertemuan antara perilaku alam dengan pengorbanan Elly inilah yang membentuk ketegangan paling mendalam

BERITA TERBARU

Bapa mentua Putera Harry terkait jenayah seksual

FLORIDA: Thomas Markle, bapa kepada isteri Putera Harry, Meghan Markle, ditahan di Florida pada Jumaat atas tuduhan memiliki imej penderaan seksual kanak-kanak, kata pihak berkuasa.

Pulau Mawar syurga pelancongan

PULAU Mawar yang terkenal dengan keunikan formasi batuan semula jadi menyerupai pintu gerbang digelar sebagai Heaven’s Gate, berpotensi diketengahkan sebagai tarikan pelancongan berasaskan alam semula