ARTIKEL

My Local Stats permudah carian statistik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR:  Jabatan Perangkaan (DOSM) terus mengukuhkan pelaksanaan inisiatif kerajaan digital dalam penyebaran statistik menerusi platform visual interaktif My Local Stats, seiring dengan pelaksanaan inisiatif digital kerajaan.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata platform secara portal dan aplikasi mudah alih DOSM itu akan membantu pengguna membuat carian mudah statistik sosioekonomi utama sehingga ke pentadbiran peringkat daerah.
“Menerusi platform ini, pengguna boleh mengakses maklumat di hujung jari dan sekali gus menyokong usaha ke arah meningkatkan celik statistik dalam kalangan rakyat,” katanya.
Beliau berkata, My Local Stats itu mengandungi statistik sosioekonomi utama pentadbiran peringkat daerah bagi siri 2017 hingga 2019 berdasarkan penerbitan My Local Stats 2019 pada 19 Oktober 2020.
Mohd Uzir berkata secara keseluruhannya, visual interaktif itu meliputi 17 bidang dan 332 indikator di web serta 117 indikator aplikasi mudah alih termasuk statistik penduduk, perumahan, guna tenaga, pendapatan dan perbelanjaan isi rumah, pendidikan, kesihatan, perkhidmatan kebajikan, keselamatan awam, perhubungan dan rekreasi, internet dan media sosial, kemudahan asas dan keluaran dalam negara kasar.
Bagi visual interaktif web atau laman sesawang pula mengandungi indikator pasaran buruh mengikut daerah pentadbiran, statistik kebakaran, banduan, kemalangan jalan raya, penagih dadah dan kamera litar tertutup (CCTV).
Indikator baharu bagi aplikasi mudah alih juga meliputi pendaftaran orang kelainan upaya dan statistik kemalangan jalan raya.
Pengguna boleh melayari www.dosm.gov.my di bawah pautan Visual Interaktif (My Local Stats) atau memuat turun aplikasi mudah alih dengan kata carian My Local Stats bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Jabatan Perangkaan turut menyediakan video ringkas tatacara penggunaan My Local Stats versi web dan aplikasi mudah alih yang telah dimuatnaik di portal dan media sosial DOSM.
Sementara itu, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, Mohd Uzir berkata fasa kedua Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang melibatkan temuramah secara bersemuka akan disusun semula.
Oleh itu, katanya, orang ramai yang masih belum membuat pengisian banci boleh mengambil peluang untuk mengisi maklumat banci secara dalam talian (e-Census) yang kini dibuka semula.
Maklumat lanjut berkaitan Banci Malaysia 2020 boleh diperolehi melalui portal banci iaitu www.mycensus.gov.my atau media sosial @MyCensus2020.  — BERNAMA

BERITA LAIN

Lelaki maut dipanah petir di Sungai Petani

SUNGAI PETANI, Kedah: Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun maut dipanah petir ketika sedang tidur di atas buaian pondok rehat di hadapan rumahnya semasa cuaca

Menjiwai Rukun Negara pupuk perpaduan lebih erat

KUALA LUMPUR: Setiap lapisan masyarakat perlu menjiwai lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara untuk memupuk perpaduan lebih erat dalam kalangan masyarakat majmuk di negara

BERITA TERBARU