ARTIKEL

Myvi Edisi S bukan produk rasmi Perodua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Myvi Edisi S ini adalah percubaan Perodua Brunei untuk memperkenalkan varian yang lebih bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran di sana.

Ini jelas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam satu kenyataan kelmarin susulan dengan pengenalan Perodua Myvi Edisi S yang dilancarkan pada 4 Julai lalu.

Menurutnya, Perodua Brunei telah memperkenalkan varian Myvi 1.3L G versinya sendiri, dikenali sebagai Edisi S dan ia bukan keluaran rasmi Perodua.

“Pada 4 Julai lalu, Perodua Brunei telah memperkenalkan varian Myvi 1.3L G versinya sendiri yang dikenali sebagai Edisi S dan ia merangkumi kit badan yang dipertingkatkan dan diperolehi sendiri oleh pengedar sah Perodua iaitu GHK Motors.

“Kami telahpun berinteraksi dengan GHK Motors untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai varian ini dan untuk memastikan penambahan kepada varian ini memenuhi piawaian yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Zainal Abidin menjelaskan, Perodua memahami bahawa pengenalan Myvi Edisi S telah menimbulkan kekeliruan para pelanggan setia di Malaysia.

“Kami berharap agar kenyataan ini dapat menjelaskan perkara tersebut,” tegasnya.

Sebelum ini, Zainal Abidin berkata, tahun 2019 Perodua berjaya mengatasi angka jualan terdahulu dengan sejumlah 240,341 unit kenderaan terjual sepanjang tahun lalu.

Tahun 2018, Perodua merekodkan jualan sebanyak 227,243 unit kenderaan terjual dan model yang mencatatkan jualan paling laris mengikut turutan adalah Myvi, Axia, Bezza, Aruz dan Alza.

Pencapaian jualan sepanjang tahun lalu menyaksikan peratusan peningkatan jualan dari tahun ke tahun Perodua melonjak sebanyak 13,098 unit atau naik 5.8 peratus dan merupakan angka jualan paling tinggi yang pernah dicapai oleh syarikat, setakat ini.

Sementara itu, berdasarkan jumlah keseluruhan industri (TIV) 2019 yang dianggarkan sekitar 604,775 unit, Perodua menguasai hampir 40 peratus perkongsian pasaran di Malaysia, mengatasi angka tahun sebelum itu yang mencatatkan 38 peratus.

Perodua merupakan syarikat pengeluar automotif Malaysia yang kedua selepas Proton dan kenderaan pertamanya, Perodua Kancil dilancarkan pada Ogos 1994.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan