ARTIKEL

Nahas UPSI: MOTAC keluarkan notis pemeriksaan, surat tunjuk sebab terhadap entiti berkaitan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengeluarkan notis pemeriksaan dan surat tunjuk sebab kepada beberapa entiti perniagaan yang berkaitan dengan kemalangan bas persiaran melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Isnin lepas.

MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan berkenaan diambil selepas pihaknya menjalankan siasatan di bawah Akta Industri Pelancongan 1982, susulan laporan kemalangan yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.

“MOTAC juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi menyelesaikan siasatan mengikut peruntukan undang-undang agar hukuman setimpal dikenakan dan keluarga mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.

“Tindakan lanjut akan diambil setelah selesai siasatan,” menurut MOTAC.

MOTAC memaklumkan pihaknya juga turut menziarahi mangsa serta keluarga terlibat dalam insiden yang meragut 15 nyawa itu dan menegaskan komitmen kementerian dalam memastikan aktiviti pelancongan di Malaysia sentiasa dilaksanakan dengan selamat, beretika dan bermanfaat untuk generasi masa depan.

“MOTAC merakamkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan mendoakan agar semua pelajar yang tercedera diberikan kesembuhan segera,” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian Isnin lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang mereka naiki dari Jertih, Terengganu ke kampus utama di Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di laluan JRTB.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 individu cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU