PERTANDINGAN Akhir Bercerita dan Pidato Anak-anak Malaysia Piala Ketua Wanita Ikram berlangsung pada 24 Februari lalu.
Thniah diucapkan kepada Nawal Sufi a Mohd Shukri yang memenangi tempat ketiga dalam pertandingan akhir bercerita.
Beliau mewakili Zon Borneo bagi Pertandingan Pidato Kategori Sekolah Rendah Tahap Satu.
Pertandingan akhir pidato dan bercerita Piala Ketua Wanita Ikram Malaysia ini berlangsung di Institut Malaysia Jerman, Bangi.
Pertandingan ini julung kali diadakan sempena Kempen Sayangi dan Lindungi Anak-anak Malaysia (Salam) semasa Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2023.
Bertemakan “Hak Kami, Masa Depan Kami”, pertandingan ini diadakan di peringkat sekolah Musleh dan negeri seluruh Malaysia.
Semoga pengalaman kali ini dapat mencungkil bakat dan memupuk keyakinan diri murid serta menggalakkan mereka membaca dan menghayati karya kreatif melalui penceritaan.
Selain itu, aktiviti penceritaan merupakan salah satu pendekatan yang sesuai untuk membina kecekapan berbahasa dalam kalangan murid yakni kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang bertanding dan semoga peserta terus mencapai kejayaan dalam pertandingan seumpamanya pada masa akan datang.



