ARTIKEL

SELAMAT... Neelofa (dalam pelukan) dibawa pulang selepas ditemukan pada kira-kira jam 3.24 petang tadi.

Neelofa dijumpa selamat selepas sembilan jam hilang dari sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Engkudu di sini dikenali sebagai Neelofa, yang hilang kira-kira selama sembilan jam, ditemui selamat pada jam 3.24 petang tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman), Muhammad Rais Adham Rosalan, berkata kanak-kanak berusia 11 tahun dari Rumah Panjang Bundak, Sungai Anak, Sebetan itu disedari hilang kira-kira jam 5.50 pagi.

“Neelofa Entira Entegang kali terakhir dilihat di sekolah pada 5.50 pagi sementara menunggu sarapan pagi.

“Namun, lima minit kemudian dia telah tiada tanpa pengetahuan.

“Operasi yang digerakkan bermula 9.00 pagi tadi berhasil apabila Neelofa ditemukan pada 3.24 petang, kira-kira satu kilometer dari SK Engkudu, dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, pasukan mencari dan menyelamat telah melakukan operasi dalam radius satu kilometer hingga ke radius dua kilometer di kawasan sekeliling sekolah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU