ARTIKEL

DIBELENGGU KECEDERAAN....Nursyazwani Shahrom.

Nursyazwani digugurkan kerana cedera lutut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemain perseorangan wanita, Nursyazwani Shahrom (Sl4), 33, tidak disenaraikan di Kejohanan Para Badminton Sirkit 2 Kebangsaan MSN-Allianz-BAM 2024 yang dijadual berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 21 hingga 24 November ini.

Penyumbang pingat emas (bergu campuran) dan perak (perseorangan) buat kontinjen Sarawak temasya Para Sukma XXI 2024 terpaksa diketepikan pada saat akhir ekoran kecederaan lutut kaki kirinya.

Ketua jurulatih, Suhaili Laiman akur dengan ketiadaan anak jati kelahiran Kampung Hilir, Sibu itu untuk sirkit kali ini.

Beliau memberitahu, tiada pemain lain yang mengisi kekosongan untuk kategori berkenaan.

Menurut Suhaili, Sarawak untuk sirkit kali ini mempertaruhkan benerapa pemain. Himpunan pemain terlibat merupakan tonggak yang turut serta pada temasya Para Sukma XXI 2024 lepas.

Untuk rekod, sirkit pertama yang berlangsung 12 hingga 14 Julai lalu menyaksikan kem Sarawak berjaya meraih dua emas, dua perak dan enam gangsa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan