ARTIKEL

Mendiang OJ Simpson

OJ Simpson meninggal dunia pada usia 76 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

OJ Simpson meninggal akibat kanser pada usia 76 tahun, kata keluarganya.

Menurut mereka dalam satu kenyataan: “Pada 10 April lepas, bapa kami, Orenthal James Simpson, tewas dalam pertarungannya dengan kanser.

“Beliau dikelilingi anak-anak dan cucu-cucunya.

“Pada waktu peralihan ini, keluarganya memohon agar anda menghormati permintaan mereka bagi privasi dan rahmat.”

Simpson pernah digambar menggunakan tongkat untuk berjalan pada Januari lepas.

Bekas bintang filem dan bekas pemain NFL itu pernah mencetuskan sensasi apabila beliau dibicara namun dibebaskan dalam kes pembunuhan bekas isterinya, Nicole Brown Simpson dan Ronald Goldman, pada 1994.

Perbicaraan yang memukau rakyat Amerika itu memakan masa 11 bulan.

Aksi kereta dipandu Simpson dikejar polis di jalan raya sebelum ditangkap, selain perbicaraannya, disiarkan secara langsung di televisyen.

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

BERITA TERBARU