ARTIKEL

A. Arul Selvaraj

Olimpik Paris 2024: Jerman, Belgium antara pasukan pilihan menang emas hoki lelaki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jerman, selaku juara bertahan Piala Dunia, dijangka menjadi pilihan utama bagi merebut pingat emas hoki lelaki pada Sukan Olimpik Paris 2024, yang dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

Juara empat kali (1972, 1992, 2008, 2012) itu, yang tentunya akan berusaha untuk merampas kembali kejuaraan Olimpik selepas sedekad, bagaimanapun dijangka akan menghadapi tentangan sengit daripada juara bertahan Belgium, juara dua kali Belanda, pemenang 2004 Australia dan pemenang pingat emas terbanyak, India.

Bekas Ketua Jurulatih Kebangsaan, A. Arul Selvaraj, memilih Jerman sebagai pasukan pilihan utamanya, kerana pasukan bimbingan Andre Henning itu telah dibina semula selepas menjuarai Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar, India.

Beliau juga percaya, kehebatan Gonzalo Peillat, yang pernah membantu Argentina merangkul pingat emas Olimpik pertama mereka di Sukan Rio 2016, sebelum berpindah ke Jerman pada 2022, juga akan meningkatkan kekuatan pasukan.

“Jerman bermain hoki paling mudah di dunia, tetapi pendekatan yang paling berdisiplin dan ekonomik, dalam erti kata lain mereka melakukan segala-galanya dengan cara yang paling mudah dan ringkas.

“Mereka sedang dalam proses pembinaan semula, jadi pasukan itu akan menggunakan semua kejohanan kecil untuk menguji pemain dan akhirnya mereka akan tahu cara memenangi perlawanan.

“Mempunyai Peillat merupakan kelebihan besar buat Jerman, dia pernah memenangi Olimpik bersama Argentina, dan Piala Dunia bersama Jerman, jadi ia akan menjadi menarik untuk diperhatikan.

“Bagi saya, mereka tidak pernah berhenti belajar dan Olimpik merupakan saat ketika saya habiskan banyak masa untuk mencatat nota,” katanya kepada BERNAMA.

Arul, yang berpengalaman dalam melatih di Afrika Selatan dan Ireland, berkata selain Belgium yang tewas kepada Jerman di Piala Dunia menerusi penentuan pukulan penalti, Belanda dan Australia juga menjadi pasukan pilihannya.
 
“India mempunyai ramai pemain dengan kualiti yang hebat. Saya dengar mereka teruja untuk menukar warna pingat selepas memenangi gangsa di Tokyo 2020,” katanya.

Pada Sukan Olimpik Paris, Belanda, Jerman, Great Britain, Sepanyol, tuan rumah Perancis dan Afrika Selatan, diundi dalam Kumpulan A, manakala Kumpulan B terdiri daripada Belgium, India, Australia, Argentina, New Zealand dan Ireland, dengan hanya empat pasukan teratas dalam setiap kumpulan, akan mara ke suku akhir.

India merupakan pasukan paling cemerlang dalam acara hoki lelaki dengan lapan gelaran (1928, 1932, 1936, 1948, 1952, 1956, 1964, 1980), diikuti Jerman (empat gelaran), manakala Great Britain (1908, 1920, 1988) dan Pakistan (1960, 1968, 1984) masing-masing menang tiga kali. – BERNAMA

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan