ARTIKEL

Kenderaan perdagangan jenis lori yang disita dalam operasi harian JPJ Cawangan Bintulu pada Rabu.

Operasi JPJ Bintulu Periksa 85 Kenderaan, Sebuah Lori Disita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebanyak 85 kenderaan perdagangan dan persendirian telah diperiksa dalam Ops Harian yang dijalankan Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Bintulu melalui rondaan dan pemantauan di sekitar bandar Bintulu, serta penguatkuasaan statik di Kawasan Perindustrian Kidurong pada Rabu.

JPJ Cawangan Bintulu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pemeriksaan tersebut bertujuan memastikan tahap pematuhan pengguna jalan raya terhadap peruntukan undang-undang, khususnya melibatkan kenderaan perdagangan dan persendirian.

Antara kesalahan yang didapati dalam operasi harian JPJ Cawangan Bintulu.

Menurut kenyataan itu, hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan dikesan antaranya pemandu tanpa lesen memandu sah, kenderaan dengan cukai jalan tamat tempoh, ketiadaan insurans perlindungan serta kesalahan lain melibatkan aspek teknikal kenderaan.

“Dalam operasi ini, sebuah kenderaan perdagangan jenis lori turut disita kerana didapati melakukan kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta tidak memiliki perlindungan insurans yang sah,” menurut kenyataan tersebut.

JPJ Cawangan Bintulu menegaskan pihaknya akan terus melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi meningkatkan tahap pematuhan undang-undang jalan raya serta memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya terpelihara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU