ARTIKEL

TAHAN… Lelaki tempatan bersama tiga lelaki warga negara asing ditahan di sekitar Engkilili terbongkar apabila mereka ditahan dalam satu operasi khas polis di Jalan Pekan Engkilili, hari ini.

Operasi Lejang tumpaskan tekong dan tiga PATI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUBOK ANTU: Cubaan seorang lelaki tempatan membawa tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai untuk bekerja di sekitar Engkilili terbongkar apabila mereka ditahan dalam satu operasi khas polis di Jalan Pekan Engkilili, hari ini.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, keempat-empat individu berusia antara 32 hingga 38 tahun itu ditahan dalam operasi Op Lejang/Pintas yang dijalankan oleh sepasukan anggota polis di kawasan berkenaan.

Polis memaklumkan, tangkapan dibuat selepas pasukan operasi mengesan sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekori dan menahannya untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki tempatan memandu kenderaan tersebut bersama tiga lelaki warga asing yang dipercayai dibawa masuk bagi tujuan bekerja di kawasan sekitar Engkilili,” kata kenyataan itu.

Siasatan awal turut mendapati ketiga-tiga warga asing itu telah tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di negara ini dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua suspek kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 55E dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai digunakan untuk membawa warga asing terbabit.

Dalam pada itu, IPD Lubok Antu menegaskan pihaknya akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan, termasuk sepanjang bulan Ramadan, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini sentiasa terpelihara.

BERITA LAIN

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

BERITA TERBARU

XPDC Bario 375km meri pengelantang

KUCHING: Pengeransing Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngabas jalai menua ulu nengah XPDC 1.0 Bario ba taun 2025 dipuji komuniti Kenyah enggau