ARTIKEL

Sar nelayan Thailand giat dijalankan.

Operasi SAR nelayan Thailand diteruskan di Pulau Burong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usaha mengesan seorang lelaki warga negara Thailand yang hilang di perairan Pulau Burong sejak 17 Disember lepas akibat bot karam, terus dipergiatkan sehingga hari ini.

Komander Operasi, TPgB II Ts Mohamad Meramit, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua ini diaktifkan sekitar jam 9 pagi tadi.

SAR…Sar nelayan Thailand giat dijalankan.

“Operasi SAR melibatkan pelbagai agensi termasuk Polis Marin, RELA, dan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad, berdasarkan kronologi kejadian, sebuah bot nelayan yang membawa enam nelayan warga asing dilaporkan telah karam di perairan tersebut. Bot tersebut bertolak dari jeti Tanjong Bako untuk menangkap ikan, namun pada keesokan harinya, bot itu terputus hubungan dan dikhuatiri karam.

“Pemilik bot, seorang warganegara tempatan, telah membuat laporan mengenai insiden tersebut di Balai Polis Santubong pada hari Isnin.

“Tiga nelayan telah diselamatkan oleh bot nelayan lain yang berada di kawasan insiden. Seorang lagi nelayan berjaya dijumpai oleh pasukan SAR di perairan laut Serpan, Asajaya pada hari Selasa, manakala seorang nelayan masih belum ditemui,” katanya.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai