ARTIKEL

Dr Fuziah ketika membuat uji imbas kod QR aplikasi eCOSS di pasar raya Emart Matang.

Ops Pantau KPDN bermula 19 Februari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AYLA MEDINA
(Pelatih UNIMAS)

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menetapkan larangan penjualan dan pembelian minyak masak peket satu kilogram kepada bukan warganegara Malaysia di seluruh negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, sebanyak 13,564 pemeriksaan berkaitan larangan penjualan dan pembelian minyak masak paket satu kilogram kepada bukan warganegara Malaysia sudah dilaksanakan di seluruh negara.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 563 pemeriksaan dilaksanakan di Sarawak dan hasil pemeriksaan mendapati tiada kes yang direkodkan di wilayah ini.

Dr Fuziah ketika ditemui media. FOTO: GHAZALI BUJANG

“Sekiranya didapati penjual dan pembeli ingkar larangan tersebut, kedua-duanya akan dikenakan kompaun RM5,000 sehingga RM50,000 kepada syarikat dan pembeli sehingga RM10,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada tinjauan pematuhan larangan jual minyak masak peket 1kg kepada bukan warganegara di Pasar Raya Emart Matang, di sini hari ini.

Tambah beliau, seramai 3.5 juta rakyat Malaysia sudah memuat turun aplikasi mobile eCOSS untuk tujuan imbas dan beli sebagai langkah pengawalan penjualan melebihi had maksimum pembelian harian.

“Rata-rata rakyat Malaysia menyatakan rasa puas hati kerana mendapati bahawa hak mereka terpelihara walaupun berdepan dengan sedikit masalah penggunaan teknikal,” tambahnya.

Susulan itu, KPDN melalui kerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dalam proses menaik taraf sistem yang membolehkan penerima bantuan menggunakan kad pengenalan di terminal khas untuk membuat transaksi.

“Sistem pangkalan data eCOSS juga akan dihubungkan dengan terminal MyKasih supaya maklumat penerima bantuan dapat diselaraskan dan digunakan dalam sistem tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri KPDN turut melaksanakan OPS PANTAU 2026 bermula 19 Februari hingga 20 Mac ini sebagai langkah proaktif kerajaan bagi memantau bekalan serta harga barangan keperluan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU