ARTIKEL

Orang ramai dijemput meriahkan Program Komuniti Sukan dan Rekreasi Taman Desa Ilmu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Penduduk sekitar kawasan Kota Samarahan dijemput memeriahkan Program Komuniti Sukan dan Rekreasi Taman Desa Ilmu yang akan berlangsung pada 7 dan 8 November depan di Dewan Taman Desa Ilmu, Lorong 14, Kota Samarahan.

Program anjuran Jawatankuasa Pertubuhan Rekreasi Taman Desa Ilmu (PRTDI) dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen P.197 Kota Samarahan itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat perpaduan serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan rekreasi dalam kalangan komuniti setempat.

Program berkenaan juga akan diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang sekali gus dijadual menyempurnakan majlis perasmian Dewan Taman Desa Ilmu, pada 7 November, 10 pagi.

Dalam pada itu, sebanyak empat acara sukan akan dipertandingkan sepanjang program berkenaan merangkumi badminton beregu individu, karom berpasukan, baling damak berpasukan dan e-sukan Mobile Legends berpasukan.

Selain itu, pelbagai acara ini diharap dapat menarik penyertaan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur, selain menyediakan ruang untuk beriadah, berkenalan dan mengukuhkan semangat kesukanan.

Orang ramai dijemput hadir bersama-sama keluarga dan rakan bagi memeriahkan program yang berlangsung selama dua hari ini.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Penyelaras Program, Ahmad Nazit di talian 013-826 8267 atau Wan Nor Wan Ahmad di talian 019-887 0687.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU