ARTIKEL

RENTAP ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun Ke-70 JCI Kuching dan Majlis Ke-71 Pelantikan dan Anugerah JCI di Hotel Pullman, di sini, malam tadi.

Organisasi belia penting dalam melahirkan pemimpin muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Organisasi belia memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi pemimpin muda yang berdaya saing serta mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negeri.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu, berkata usaha memperkasa golongan muda tidak seharusnya sekadar retorik, sebaliknya perlu disokong dengan peluang sebenar untuk mereka memimpin, menganjurkan program dan membuat keputusan.

Menurut beliau, Junior Chamber International (JCI) merupakan antara platform yang berjaya menghimpunkan barisan pemimpin muda untuk tampil ke hadapan, berkhidmat kepada masyarakat serta belajar melalui tindakan.

“Kita sering bercakap mengenai pemerkasaan belia, namun pemerkasaan sebenar bukan sekadar kata-kata.

“Ia tentang memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin, mengurus program dan membuat keputusan yang memberi impak kepada komuniti,” katanya.

KENANGAN… Rentap (duduk, lima kiri) dan Yap (duduk, dua kiri) merakam gambar bersama ahli JCI Malaysia pada Majlis Ulang Tahun Ke-70 JCI Kuching dan Majlis Ke-71 Pelantikan dan Anugerah JCI di Hotel Pullman, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Ulang Tahun Ke-70 JCI Kuching dan Majlis Ke-71 Pelantikan dan Anugerah JCI di Hotel Pullman, di sini, malam tadi.

Tambah beliau, inisiatif yang dilaksanakan oleh organisasi seperti JCI juga selari dengan aspirasi Sarawak di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Usaha memupuk kepimpinan, menggalakkan keusahawanan dan menyokong komuniti yang memerlukan merupakan antara sumbangan penting dalam membentuk masyarakat yang progresif, prihatin dan berpandangan jauh.

“Ketika Sarawak terus melahirkan generasi belia yang berkeupayaan dan berfikiran ke hadapan, kerjasama dengan organisasi seperti JCI amat penting bagi memastikan usaha pembangunan modal insan terus diperkukuh,” ujarnya.

Dalam pada itu, majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian Anugerah JCI Kuching 2025 kepada lapan penerima individu, selain pelantikan 18 ahli baharu sebagai barisan lembaga pengarah organisasi tersebut.

Bagi kategori Ahli Baharu dan Perekrut Terbaik, anugerah dimenangi oleh Vincent Chai, manakala Joshua Fang menerima anugerah Ahli Baharu Terbaik.

Gan Swee Ching pula menerima anugerah Pengerusi Penganjur Projek, diikuti Kally Teo sebagai penerima anugerah Pengarah Suruhanjaya Terbaik, Chai Len Hwa sebagai Naib Presiden Terbaik serta Kiew Siew Hui yang menerima anugerah bagi kategori Jawatankuasa Eksekutif.

Turut menerima pengiktirafan ialah Siew Yong Ming sebagai Presiden Terdahulu, manakala Bong Shii Kian menerima dua anugerah iaitu Jurulatih Terbaik dan Pengumpul Dana Terbaik.

Pada majlis sama, Mark Teo dilantik sebagai Presiden JCI Kuching bagi tahun 2026, menggantikan Albert Loi yang menerajui organisasi itu bagi tahun 2025.

Barisan kepimpinan baharu turut menyaksikan Doris Hiu dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif, Vincent Chai sebagai Bendahari Kehormat, Tan Mui Hoon sebagai Setiausaha Tempatan serta Oliver Chai sebagai Penasihat Undang-Undang.

Selain itu, Mikhael Kueh dilantik sebagai Naib Presiden kategori individu, Lucas Tiong sebagai Naib Presiden Perniagaan, Fion Wong sebagai Naib Presiden Antarabangsa dan Kiew Siew Hui sebagai Naib Presiden Komuniti.

Sementara itu, pengarah suruhanjaya yang dilantik ialah Chong Fung Jia (Pembangunan Individu), Yap Siew Yee (Keahlian), Bong Cheng Hui (Hal Ehwal Ekonomi), Raymond Wong (Pembangunan Keusahawanan), Kally Teo (Pembangunan Komuniti), Malcolm Lau (Pembangunan Belia), Ninie Racha (Hal Ehwal Antarabangsa) serta Elaine Chang (Penerbitan).

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, Wilfred Yap.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU