ARTIKEL

Sekitar program penanaman pokok di Hutan Simpan Sabal, Simunjan, hari ini.

OUM sasar tanam 2,500 pokok menjelang Ogos

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Open University Malaysia (OUM) meneruskan inisiatif hijau melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan sasaran penanaman 2,500 pokok menjelang Ogos tahun ini.

Bertemakan Selamatkan Planet Kita, OUM hari ini menganjurkan program penanaman pokok di Hutan Simpan Sabal, Simunjan.

Program dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak (JHS) merupakan sebahagian daripada sasaran OUM untuk mencapai sasaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Sebanyak 500 anak pokok hutan berjaya ditanam dalam program tersebut, yang disertai lebih 120 peserta terdiri daripada pelajar, alumni, tutor, kakitangan cawangan Kuching serta penduduk komuniti setempat.

Menurut Presiden merangkap Naib Canselor OUM, Prof. Dr. Ahmad Izanee, ia mencerminkan komitmen berterusan pihaknya dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

“Program ini bukan sekadar simbolik kepada ulang tahun ke-25 OUM, malah merupakan usaha konkrit ke arah kelestarian alam sekitar serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan hutan dan biodiversiti.

“Di samping menyokong inisiatif kerajaan, menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang dijadualkan mencapai matlamatnya menjelang tahun 2025,” katanya.

Dengan baki 2,000 pokok lagi untuk ditanam sebelum bulan Ogos, pihaknya dijangka menganjurkan beberapa lagi program seumpamanya di seluruh negara, sebagai manifestasi kecintaan terhadap alam semula jadi dan warisan hijau negara.

Sejak tahun 2012, OUM aktif menganjurkan pelbagai program CSR yang berteraskan pendidikan, komuniti dan kelestarian alam, sejajar dengan matlamat pembangunan mampan negara.

Inisiatif seperti ini memperlihatkan komitmen dalam melahirkan warganegara bertanggungjawab, bukan sahaja dalam aspek akademik tetapi juga terhadap persekitaran dan masyarakat.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan