KUCHING: Seorang lelaki berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, selepas ditangkap kerana merakam video secara mengaibkan kehormatan seorang wanita di Festival Makanan Kuching, di sini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek warga tempatan berusia 29 tahun itu kini direman bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
“Suspek ditangkap di kawasan Kuching kira-kira 9.20 malam, 1 Ogos lalu.
“Hasil tangkapan membawa kepada rampasan seunit telefon bimbit jenama Samsung milik suspek,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah semakan rekod jenayah mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.



