ARTIKEL

Padah tunjuk isyarat lucah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Padah menunjukkan isyarat lucah kepada polis trafik ketika marah disaman disebabkan meletak kereta di tempat yang tidak sepatutnya, seorang lelaki yang merupakan pemandu lori berusia 46 tahun telah ditahan di sini, pada Ahad.

Suspek bertindak demikian sekitar jam 8 pagi di Jalan Bengkel di sini selepas berang dengan anggota trafik yang menyamannya. Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan kejadian tersebut dalam satu kenyataannya semalam.

Menurutnya, akibat tindakan pemandu itu, suspek ditahan kerana dipercayai menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Semasa kejadian, polis trafik telah mengeluarkan saman kepada suspek atas kesalahan meletak kenderaan di kawasan larangan.

“Semasa saman hendak dikeluarkan, suspek telah bertindak mengundurkan kenderaan namun sempat dihalang oleh pengadu,” katanya lagi.

Stanley berkata, suspek kemudian keluar dari kereta lalu mengambil kertas saman sambil mengoyak dan membuangnya di atas jalan raya.

“Selepas itu, suspek menunjukkan isyarat lucah dan mengeluarkan katakata kesat kepada anggota berkenaan,” tegasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan atau kenyataan lucah untuk mengaibkan seseorang.

Suspek sudah ditahan bagi tindakan lanjut.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan