KERJA menaik taraf Kompleks Sukan Lundu kini di peringkat reka bentuk, manakala pembinaan dijangka bermula hujung tahun ini.
Adun Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan berkata, ia melibatkan pembesaran padang bola sepak dan pemasangan lampu limpah di Stadium Mini Lundu.
Menurutnya, pembesaran padang tersebut menepati piawaian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
“Kita dapat anjurkan sukan bertaraf tinggi seperti Liga M atau Liga Premier yang boleh diadakan di Lundu. “Elemen kedua adalah kita baik pulih stadium tertutup di Lundu.
Sebab kita tahu fasiliti sukan di Lundu terutamanya Stadium Mini sudah lama, sejak 90-an lagi,” katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, di Santubong, malam semalam.
Justeru katanya, naik taraf bagi kompleks sukan berkenaan dijangka bermula pada penghujung tahun ini dan dijangka memakan masa setahun untuk siap.
Kedua-dua mereka bersama-sama Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki meluangkan masa satu jam sebelum berangkat pulang.






