ARTIKEL

Pakej jimat bufet Ramadan Kafe Dipom

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEDAP, jimat dan berbaloi ungkapan tepat menggambarkan pakej bufet Ramadan yang ditawarkan di Kafe Dipom. 

Bagi memenuhi cita rasa pelanggan berbuka puasa, Cef Nazbri Zaimuri berkata pihaknya menawarkan menu berbeza setiap hari.

“Sepanjang Ramadan, menu di kafe Dipom berubah setiap hari dan tidak disimpan untuk hari seterusnya.

“Walaupun bakinya masih ada, kami harus habiskan makanan tersebut atau disedekah sesama staf.

Bagi menjamin kualiti hidangan, kami selalu masak menu baharu untuk setiap hari dan menggunakan bahan segar,” katanya ketika ditemu bual Suara Sarawak di Kafe Dipom, Jalan Nanas Kuching, baru-baru ini.

Menurutnya, mereka juga menyajikan tujuh menu berkonsepkan masakan Melayu kepada pelanggan termasuk ikan, daging, ayam, sotong, kerang, sayur dan beberapa menu tambahan lain.

Bagi mengelak kesesakan, pelanggan yang ingin berbuka puasa di Kafe Dipom digalak membuat tempahan awal bagi memudahkan sistem pengurusan di situ.

“Pelanggan diberitahu menu yang disajikan pada hari tempahan.

Pihak pengurusan juga melakukan kemas kini menu setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan. 

“Kadang-kadang tempahan awal di kafe juga penuh. Kafe Dipom hanya memuatkan lebih kurang 50 pek sekali hidangan,” jelasnya. 

Mengulas lanjut, Nazbri berkata, pakej bufet Ramadan yang ditawarkan amat berpatutan iaitu bermula pada harga serendah RM25 untuk dewasa, manakala RM15 untuk kanak-kanak.

Ujarnya, setakat ini Nazbri berkata, menu bufet di kafe Dipom mendapat reaksi positif daripada pelanggan. 

“Setakat ini, tempahan sentiasa penuh sejak hari pertama Ramadan.

Menyentuh cabaran berniaga, terdapat pelanggan yang membuat tempahan membatalkan tempahan tersebut pada saat-saat akhir.

PERMINTAAN PELANGGAN

Bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku, ujarnya pelanggan yang terpaksa membatal tempahan bufet digalakkan memberitahu lebih awal — sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu berbuka.

“Ia penting supaya saya dapat anggar dan kawal kuantiti yang perlu dimasak.

“Kami biasanya menentukan kuantiti hidangan yang perlu disediakan pada hari tersebut.

“Kami tidak membuat persiapan lebih awal bagi memastikan bahan yang dimasak sentiasa segar,” ujarnya. 

Justeru, kafe tersebut hanya menyediakan makanan sekadar memenuhi tempahan tempahan bagi mengelak pembaziran.

Untuk makluman, tawaran hebat ini bermula sejak hari pertama Ramadan dan berakhir 20 April ini.

Untuk tempahan, pelanggan boleh terus hubungi talian 011- 65235399 atau terus ke Kafe Dipom.

Anda juga boleh merujuk Facebook Kafe Dipom untuk melihat senarai menu yang ditawarkan.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU