ARTIKEL

Paklong Zam angkat seram komedi loghat Perak dalam ‘Hantu Pon X Boleh Resign’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Pengarah filem tempatan Mohd Asrul Nizam Mohd Yusof atau Paklong Zam mengembangkan kreativiti menerusi filem pendek seram komedi berjudul “Hantu Pon X Boleh Resign” seperti dilapor Bernama.

Filem terbitan ECCO Studio Production itu mengambil inspirasi daripada karya Allahyarham Mohamad Mohamad Khalid atau Mamat Khalid yang terkenal dengan watak tempatan, komedi satira dan dialog bersahaja.

Kredit foto: Razif Rosli

Mohd Asrul Nizam menjelaskan pendekatan tersebut bertujuan menghasilkan karya yang tidak bergantung pada kejutan dan penampilan hantu semata-mata, malah menonjolkan watak serta situasi yang menghiburkan walaupun menampilkan pelakon baharu dan loghat Perak.

Penggambaran filem berdurasi 30 minit yang menerima dana PORT@IPOH itu berlangsung pada 5 dan 6 Okt lepas, dengan tumpuan kepada kekuatan karakter, dialog, suasana dan humor yang lahir secara semula jadi.

Kredit foto: Razif Rosli

Filem itu dijadualkan ditayangkan secara “wayang pacak” sebagai tanda penghargaan kepada Komuniti Kampug Perepat, Klang, selain di YouTube, manakala kerjasama dengan AE Cinema di Seri Iskandar sedang diteroka untuk tayangan sekitar November.

BERITA LAIN

Projek ART Modenkan Sistem Pengangkutan Awam Sarawak

KUCHING: Pembangunan projek Transit Aliran Autonomi (ART) merupakan pelaburan bagi memastikan pergerakan rakyat lebih lancar, bukannya pembaziran wang, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri

BERITA TERBARU