ARTIKEL

Panorama indah Kalimantan View Point

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KALIMANTAN View Point merupakan kawasan tanah tinggi membolehkan pengunjung menikmati pemandangan Kalimantan, Indonesia.

Menariknya, panorama ini dapat dinikmati sambil badan anda diselimut kedinginan udara yang bersuhu dalam lingkungan 16 hingga 28 darjah Selsius.

Selain melihat pemandangan, aktiviti lain boleh dilakukan seperti menelusuri hutan, bermain golf dan mengayuh basikal dikelilingi kehijauan alam semula jadi.

Untuk ke Kalimantan View Point, anda boleh memandu sehingga ke pintu masuk, kemudian berjalan kaki sekitar 500 meter atau 20 minit perjalanan ke puncak.

Anda juga boleh mendapatkan khidmat pengangkutan pusat peranginan terdekat, namun pengangkutan disediakan ini memberi keutamaan kepada golongan berusia dan kanakkanak.

Kalimantan View Point yang terletak di Jalan Borneo, Padawan, Kuching turut mempunyai taman bunga, taman herba, air terjun sebagai lokasi kegemaran pengunjung.

Sambil berkelah santai di kawasan lapang, anda boleh menikmati pemandangan gunung-ganang dan menghirup udara segar.

Bagi peminat sukan golf, pastikan anda tidak melepaskan peluang beraksi di Hornbill Golf & Jungle Club 18 Lubang sambil menikmati pemandangan padang seluas mata memandang.

Kadar yuran masuk ialah RM10 seorang dengan kanakkanak bawah 12 tahun tidak dikenakan bayaran.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU