ARTIKEL

Pantai Damai FC ledak 10 gol

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SKUAD pilihan, Pantai Damai FC melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Abang Johari 2019 setelah membelasah wakil dari Lundu, Sileng United 10-0 dalam aksi di Padang KDFA, Taman Sourabaya petang
semalam.

Pesta gol Pantai Damai FC bermula pada minit ke-29 menerusi Mohd Izzudin Jahidin.

Mohd Adib Salim menggandakan jaringan pada minit ke-49. Adib sekali lagi mencetak nama selaku penjaring apabila meledak gol pada minit ke-61 sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-84.

Wan Badzreen Wan Yusuf turut mencipta hatrik apabila menjaringkan gol pada minit ke-65, 68 dan 90.

Bekas pemain Sarawak, Mohammad Hafiz Abu Bakar turut mengukir nama selaku penjaring pada minit ke-67.

Mohd Syazwan Busrah dan Mohd Syazwan Rahmatullah pula masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-78 dan 87.

Ketua jurulatih Pantai Damai FC, Samsul Napiah berkata, persiapan seminggu berjaya diterjemahkan dalam
perlawanan tersebut.

“Tahniah kepada semua pemain kerana memberi tumpuan penuh dalam perlawanan ini,” katanya.

Menurutnya, selepas ini Pantai Damai FC akan memberi tumpuan perlawanan separuh akhir menentang
skuad serba kental, Kasika CF.

“Perlawanan separuh akhir memang sukar dan kita perlu lebih bersedia dari segi mental dan tidak membuat kesilapan mudah,” ujarnya.

Manakala satu lagi aksi separuh akhir membabitkan pasukan SSC PC dan 3 Lions.

BERITA LAIN

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan