ARTIKEL

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris, meninjau bahan pepejal berwarna hitam, dipercayai arang batu, yang terdampar di Pantai Teluk Kalong dekat sini.

Pantai Teluk Kalong dicemari arang batu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CHUKAI: Pantai Teluk Kalong dekat sini dicemari dengan arang batu sejak dua hari lepas yang dipercayai berpunca akibat tumpahan muatan sebuah tongkang yang hanyut di kawasan berkenaan.

Seorang pengunjung Ahmad Amadi Ali, 29, dari Paka, Dungun berkata beliau terkejut apabila melihat pepejal berwarna hitam di sepanjang pantai peranginan popular itu melibatkan jarak sejauh kira-kira 500 meter.

 “Keadaan berkenaan menyebabkan saya membatalkan hasrat untuk mandi kerana bimbang air laut di kawasan ini telah tercemar dan boleh menjejaskan kesihatan kulit,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang peniaga di Pantai Teluk Kalong, Ahmad Firdaus Che Yahaya, 43, berkata dia menyedari tongkang yang membawa muatan arang batu itu hanyut tidak jauh dari pantai berkenaan pada Khamis lepas.

 Beliau berkata tongkang berkenaan kemudiannya terdampar di pantai itu sejak dua hari lepas dan terdapat tompokan berwarna hitam di dasar laut beberapa meter dari pesisir pantai.

 “Selepas itu, kawasan pantai mula dipenuhi arang batu apabila bahan pepejal berkenaan dihanyutkan ombak ketika air laut pasang,” katanya.

 Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu Datuk Razali Idris berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil tindakan segera bagi membersihkan pantai yang dicemari arang batu tersebut.

 Menurut beliau, tindakan pantas perlu diambil bagi memastikan pantai berkenaan yang merupakan antara lokasi tumpuan pelancong di daerah ini kembali bersih.

Razali berkata dua lagi kawasan pantai berhampiran, iaitu Pantai Telaga Simpul dan Pantai Senajang turut dilaporkan dicemari arang batu.

 Sementara itu, Pengarah JAS Terengganu Hamzah Mohamad berkata arang batu di pantai berkenaan bukan bahan buangan terjadual dan tidak menjejaskan alam sekitar.

 Bagaimanapun, beliau berkata pihak JAS masih menjalankan pemantauan berterusan bagi menjamin keselamatan pengunjung.

 “JAS telah berbincang dengan wakil pemilik tongkang berkenaan pada Ahad termasuk berkaitan kerja-kerja pembersihan pantai,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan