ARTIKEL

KAKITANGAN majlis menunjukkan perangkap tikus yang dipasang di kawasan LTS.

Pantau tikus di lapangan terbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Susulan penemuan tikus di Lapangan Terbang Sibu (LTS), kakitangan Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) melakukan pemantauan serta pemeriksaan ke atas premis dan sekitar kawasan lapangan terbang itu, semalam.

MDLBS dalam satu kenyataan berkata, pihaknya diiringi pegawai Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Ini susulan kelibat seekor tikus kelihatan di sebuah premis makanan dalam kawasan LTS seperti yang disiarkan dalam sebuah akhbar Cina tempatan, baru-baru ini,” katanya.

Menurut MDLBS, pemantauan serta pemeriksaan ini dijalankan untuk memastikan kebersihan semua premis dalam keadaan terkawal.

“Pihak kami juga turut memastikan semua pengendali makanan untuk menjalani Kursus Pengendali Makanan.

“Semua lubang pada siling yang merupakan laluan tikus masuk ke premis ditutup sepenuhnya dan tindakan kawalan tikus dipergiatkan,” tegasnya.

Pada masa yang sama, ujarnya, beberapa perangkap tikus dipasang di sekitar kawasan LTS untuk mengesan kehadiran tikus demi untuk mengurangkan masalah infestasi tikus. 

“Pemeriksaan serta pemantauan yang ketat ini akan diteruskan untuk seketika waktu,” jelas MDLBS. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU