ARTIKEL

1. SEDIA...Mahanum (tiga kiri) menerima maskot Para SUKMA XXI daripada Mohamad Razi (tiga kanan) NAZIRY HARIZAN

Para SUKMA XXI: Sarawak sasar rampas gelaran juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LABUAN: Sarawak berazam untuk meraih semula gelaran juara Para Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 dengan menyasarkan 83 pingat emas menjelang temasya terbabit bermula 22 hingga 28 September depan.

Ketua Kontinjen Sarawak merangkap Timbalan Menteri Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohamad Razi Sitam berkata, sasaran itu mengambil kira kekuatan selaku tuan rumah serta kesediaan terkini atlet yang cukup memberansangkan.

“Kita berharap semua atlet dapat memanfaatkan peluang selaku tuan rumah Para SUKMA XXI, mereka perlu mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, menjaga kesihatan secukupnya agar sasaran 83 pingat emas dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) semasa mengetuai kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan untuk menyertai Para SUKMA XXI di Tiara Labuan Hotel pada Isnin.

Dedahnya, antara kategori sukan berpotensi untuk atlet Sarawak ialah olahraga, renang dan tenpin boling.

Dalam perkembangan yang sama, beliau memberitahu semua atlet akan melakukan latihan berpusat di Kuching bermula 1 Ogos depan.

“Kita masih meneruskan latihan dengan menerapkan latihan lima hari seminggu kepada atlet,” katanya.

Temasya Para SUKMA XXI akan mempertandingkan sebanyak 10 jenis sukan yang akan dilangsungkan di Kuching sahaja.

Ia melibatkan kira-kira 2,470 atlet mewakili 15 kontinjen yang bersaing dalam 334 acara sukan.

Sabah mencipta sejarah tersendiri selepas mengejutkan Sarawak selaku juara 13 edisi berturut-turut dengan menjadi juara keseluruhan temasya Para SUKMA 2022 lalu.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan