MUKAH: Kumpulan Param Unger muncul juara Pertandingan Aerobicthon Bahagian Mukah 2026 yang dianjurkan sempena Hari Sukan Negara, di Politeknik UiTM Kampus Mukah, baru-baru ini.
Kemenangan itu membolehkan kumpulan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM500.
Tempat kedua dimenangi kumpulan Slay By Heart yang menerima RM300, manakala La Fuerte Medix menduduki tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM200.

Kumpulan 91 menduduki tempat keempat dan menerima RM100, manakala Jatumrian di tempat kelima turut membawa pulang RM100.
Bagi kategori Terbaik Lelaki, anugerah dimenangi Dickthur Jevak George daripada kumpulan 91 yang menerima hadiah wang tunai RM100.
Kategori Terbaik Wanita pula dimenangi Moniska Eva Giling daripada kumpulan Bratz, yang turut membawa pulang RM100.

Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Bonnie Manau Michael Amerikan berkata, pertandingan itu disertai 11 pasukan dengan setiap pasukan terdiri daripada lima peserta.
“Persembahan bertenaga yang ditampilkan peserta turut memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara peringkat bahagian ini,” katanya.
Dalam pada itu, Bonnie mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas penyertaan dan persembahan yang ditunjukkan sepanjang pertandingan.





