ARTIKEL

PANTAS… Pasukan BBP Kota Samarahan dan PDRM yang bergegas ke lokasi setelah menerima laporan daripada orang awam.

Paras sungai cetek, lelaki selamat selepas terjun Jambatan Kuap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki tempatan ditemukan dalam keadaan selamat, selepas bertindak terjun ke dalam sungai dari Jambatan Kuap di sini, hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an dilaporkan selamat susulan keadaan sungai surut dan paras air sungai cetek.

Menerusi rakaman video berdurasi 35 saat yang tular di laman Facebook, kelihatan seorang lelaki berbaju merah keluar dari bahagian penumpang sebuah kenderaan yang berhenti di tepi jalan dan terus bertindak terjun ke dalam sungai tersebut.

Sementara itu Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kejadian pada jam 11.19 pagi.

“Susulan itu, sepasukan anggota BBP Kota Samarahan membabitkan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, terdapat seorang lelaki telah bertindak terjun ke dalam sungai. Bagaimanapun setibanya pasukan di lokasi kejadian, mangsa dilaporkan telah dibawa balik oleh ahli keluarganya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, maklumat daripada polis mengatakan bahawa mangsa dalam keadaan selamat dan telah dibawa balik keluarganya sebelum ketibaan pihak bomba.

“Maklumat mangsa tidak dapat diperoleh dan setelah memastikan keadaan di lokasi selamat, Unit EMRS diketuai Komander Operasi PBK II KUP Mohamad Arwan Saribini bertolak balik ke balai,” jelasnya.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu