Parti Move Forward (MFP), pemenang terbesar dalam Pilihan Raya Umum Thailand tidak akan menyokong dan mengundi bekas sekutunya, calon perdana menteri Parti Pheu Thai apabila Parlimen bersidang, kerana ia bertentangan dengan suara rakyat.
Setiausaha Agung MFP Chaithawat Tulathon berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen (MP) pada mesyuarat, semalam.
“Pembentukan kerajaan kini bercanggah dengan suara rakyat,” menurutnya dalam satu kenyataan. Beliau menambah bahawa MFP tidak akan menyokong kerajaan gabungan pimpinan Pheu Thai yang bersekutu dengan parti pro-tentera.






