ARTIKEL

TAHNIAH...Datuk Dr Hazland Abang Hipni (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pasangan juara.

Pasangan Kamarulzamam, Kamal muncul juara badminton

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kehebatan pasangan Kamarulzaman Kamaruddin dan Kamal Mohamad nyata sukar ditandingi.

Gandingan serba mantap itu berjaya merangkul gelaran juara pada Pertandingan Badminton Beregu Novis 2024 yang berlangsung di Kampung Tabuan Haji Drahman hujung minggu lalu.

Sementara itu, gandingan Nursaiful Rosli dan Mohd. Aidilfitr Roseli menduduki tempat ketiga.

Kesemua pemain dari beregu berjaya menerima hadiah berupa wang tunai dan piala.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Demak Laut, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Pertandingan tersebut berlangsung dua hari dari 9-10 Mac dan dianjur oleh Unit Saberkas Kampung Tabuan Haji Drahman 1 dengan kerjasama Unit Saberkas Kampung Tabuan Haji Drahman 2.

BERITA LAIN

Lariwoo Vet FC pertahan gelaran juara

SEBUYAU: Kehebatan pasukan Lariwoo Vet FC nyata sukar ditandingi apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Kampung Sebangan 2024, Piala Ahli

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli